Pages

Tuesday 27 December 2016

7 Cabaran Untuk Mengamalkan Keselamatan Makanan Beserta Cara Untuk Mengatasinya.

Keselamatan makanan adalah amat penting dalam memastikan operasi perniagaan anda yang berterusan. 

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cabaran yang akan timbul semasa anda cuba mengamalkan keselamatan makanan. 

Dibawah adalah cabaran-cabaran yang dikenalpasti dan beberapa petua untuk mengatasinya.


Cabaran 1: Masa dan pelaburan kewangan

Masa dan kewangan yang terhad untuk melabur dalam latihan pekerja dan peralatan dapur yang sesuai (seperti peralatan masakan yang sesuai, dsb.).
Penyelesaian: Walaupun kos adalah tinggi pada permulaannya, seperti latihan dan peralatan tetapi ia mempunyai manfaat jangka panjang untuk perniagaan anda. Jangan abaikan pelaburan terpenting anda ini - perkara terakhir yang mahu ialah insiden keselamatan makanan yang berpunca daripada kebersihan para pekerja yang tidak memuaskan atau daripada kesilapan menggunakan peralatan. Ini akan menjejaskan reputasi syarikat anda, yang pasti akan merugikan kewangan anda.

Cabaran 2: Bahasa dan budaya

Pekerja berbilang bangsa dan kaum mungkin mempunyai piawai mengendalikan makanan yang berbeza.
Penyelesaian: Ini adalah tugas ketua chef untuk memformulasikan dan melaksanakan standard keselamatan makanan yang diterima umum dan ini termasuk resipi piawai untuk semua hidangan. Piawai-piawai ini hendaklah disampaikan dengan jelas kepada semua pekerja dapur melalui latihan program yang betul.

Cabaran 3: Pendidikan dan kefahaman

Pekerja dapur anda mungkin mempunyai taraf pendidikan yang berbeza dan mungkin tidak memahami sebab dan kesan daripada tindakan mereka.
Penyelesaian: Jalankan latihan atau tulis resipi semudah mungkin. Sertakan lebih banyak perwakilan visual dan lebih banyak contoh untuk menunjukkan amalan keselamatan makanan yang berbeza.
Halangan kepada mengamalkan keselamatan makanan dan cara untuk mengatasinya

Cabaran 4: Kesedaran para pekerja

Tidak peka dengan ancaman bahan yang boleh mencemarkan makanan dan cara untuk mengelaknya.
Penyelesaian: Ia adalah tanggungjawab anggota atasan pasukan dapur untuk memahami faktor yang mengakibatkan pertumbuhan mikroorganisma, dan kemudian berkongsi maklumat itu dengan pasukan di dapur anda. Maklumat ini boleh dikongsi menerusi bantuan visual (seperti FATTOM) berserta dengan langkah yang diperlukan untuk menghalang pertumbuhan mikroorganisma.
Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut bagi model FATTOM.

Cabaran 5: Pembekal

Ia amat mustahil untuk mengawasi piawai keselamatan makanan pembekal atau pengedar produk makanan yang mengikut piawai keselamatan yang betul.
Penyelesaian: Beli hanya daripada pembekal yang dipercayai dengan rekod yang baik. Bina perhubungan dengan pembekal berdasarkan kepercayaan dan kunjungi kilang mereka untuk memeriksa kemudahan serta peralatan, sambil menggunakan peluang ini untuk mengetahui perkembangan terkini bagi mengeratkan lagi muhibah. Cara lain untuk mengetahui ialah melalui berita dari mulut ke mulut atau dari keputusan audit mereka.
Halangan kepada mengamalkan keselamatan makanan dan cara untuk mengatasinya

Cabaran 6: Pelanggan berisiko tinggi dalam syarikat

Ada kemungkinan yang lebih besar jangkitan penyakit bawaan makanan dalam kalangan pengunjung yang mudah terdedah seperti kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua.
Penyelesaian: Layan semua pengunjung seperti pelanggan yang berisiko tinggi. Oleh itu, ia penting untuk mengikut piawai keselamatan makanan sepanjang masa. Pemeriksaan ketat dan kerap akan memaksa pekerja dapur untuk sentiasa bersedia dan berhati-hati.

Cabaran 7: Kadar pusing ganti pekerja yang tinggi

Kadar pusing ganti pekerja yang tinggi biasa terjadi dalam industri pemakanan. Ini akan mengakibatkan pencarian dan latihan untuk pekerja baharu bagi piawai keselamatan makanan.
Penyelesaian: Pertama sekali, cuba kekalkan pekerja melalui faktor asas motivasi seperti galakan berterusan serta pujian atau program ganjaran bagi pekerja yang rajin. Pastikan yang mereka sentiasa terlibat, belajar dan membangun setiap masa. Dan, anda boleh mereka cipta satu piawai dan kokurikulum yang efisien untuk pekerja baharu memahami budaya kerja dengan cepat, dan memberikan tanggungjawab ahli atasan kepada ahli pasukan untuk menjalankan latihan-latihan berasrama ini.
Jika anda mempunyai bajet yang kecil, pastikan ada sedikit peruntukan bagi keselamatan makanan. Ada pelbagai cara yang efisien dan berkesan kos untuk mengamalkan keselamatan makanan. Apa yang penting sekali ialah pemikiran dan semangat untuk melakukannya.

Sumber: http://www.unileverfoodsolutions.com.my

Monday 21 November 2016

PRODUK MAKANAN TIADA LABEL NUTRISI ADAKAH IANYA SALAH?

Perlabelan makanan penting namun tahukah anda bukan semua diwajibkan? Pihak BKKM telah menyenaraikan beberapa kategori produk yang diwajibkan sahaja seperti dibawah;

MAKANAN YANG DIWAJIBKAN PELABELAN MAKANAN

Makanan-makanan seperti berikut adalah wajib mempunyai pelabelan pemakanan:

1) Makanan seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 di bawah. Makanan ini telah dipilih kerana ia kerap diambil dan di dalam jumlah yang signifikan, dan adalah penting kepada komuniti.

2) Makanan yang telah diperkuat, diperkaya, ditambah vitamin, diperlengkap atau diperteguh dengan vitamin atau mineral tertentu (seperti yang dibenarkan di bawah Peraturan 26(7))

3) Makanan yang mempunyai akuan pemakanan

4) Makanan bertujuan khas: rumusan bayi, rumusan susulan, makanan berkaling untuk bayi dan kanak-kanak dan makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan pelabelan khusus bagi makanan-makanan tersebut, ia perlulah mematuhi standard masing-masing.


Bagaimana dengan format maklumat pemakanan yang disarankan? Ramai orang terkeliru dari segi sususan kandungan nutrisi yang mana dahulu. 

Untuk elak kekeliruan anda boleh rujuk panduan yang disarankan oleh Bahagian Kualiti & Keselamatan Makanan Malaysia.

Terdapat sedikit perbezaan jika anda hasilkan produk dalam bentuk pepejal, cecair ataupun makanan yang hanya ada satu bahagian sahaja.

Sila rujuk jadual dibawah untuk lebih faham.




Ini adalah perkara asas yang perlu anda tahu tentang perlabelan makanan. 

Semoga bermanfaat.

Wednesday 26 October 2016

FREE 20 SOPS PENTING FOOD SAFETY SYSTEM. DOWNLOAD SEGERA!!

Tahukah anda SOP adalah tulang belakang kepada Food Safety System.

Jika di luar anda perlu bayar kepada konsultan, sekarang anda boleh dapat FREE. 

Download segera sebelum admin tukar fikiran padam post ini :)



PERHATIAN: LINK DOWNLOAD TERUS DIHANTAR KE EMAIL ANDA.

Sila masukkan nama dan email anda untuk menerima link download tersebut.

First name

E-mail address



Tuesday 25 October 2016

Nak Handle Food Safety System? Bersedia Dengan Cabaran Ini.

Dunia industri makanan hari ini tidak dapat lari daripada sistem-sistem berkaitan makanan seperti Mesti, Halal, HACCP, ISO22000 dan lain-lain.

Namun begitu..untuk sesuatu sistem ini stabil ianya bukan perkara yang boleh diselesaikan sehari dua. Ianya memerlukan usaha dan komitmen yang berterusan kerana cabaran utama ianya mengubah cara berfikir mereka-mereka yang terlibat secara langsung dalam sistem ini.

Hal ini adalah cabaran yang berlaku dimana-mana sahaja. Tak percaya? :)



Sehebat mana pun sistem tersebut..ianya akan runtuh jika masalah manusia tidak diselesaikan.

Hard to say.. Control the people, you control the system.

Sunday 25 September 2016

Jangan Lakukan 7 Perkara Ini Semasa "Internship" Di Syarikat Makanan.

Latihan industri adalah peluang terbaik untuk pelajar bidang sains dan teknologi makanan memahami selok belok kerjaya yang bakal mereka ceburi suatu hari nanti selain terdedah secara langsung akan situasi sebenar apabila bekerja.

Namun terdapat banyak kes mereka terbawa-bawa tabiat peribadi mereka semasa menjalankan latihan industri. Kesannya bukan sahaja tidak bagus kepada mereka tetapi juga merencatkan peluang untuk mereka diserap untuk bekerja sekiranya terdapat kekosongan.


8 perkara ini perlu dielakkan untuk memastikan latihan praktikal anda berjalan lancar dan anda mendapat manfaat semaksimum mungkin.

1) Jangan Datang Lambat
Jangan datang lambat bila anda sedang berpraktikal. Seeloknya datang awal daripada supervisor anda. Ini memberikan mesej baik bahawa anda seorang yang menepati masa. Jika anda terdapat urusan yang tidak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya maklumkan kepada supervisor anda agar mereka tahu kenapa anda lambat atau tidak datang.

2) Jangan Berat Tulang
Sentiasa ringankan tulang untuk membantu supervisor anda melakukan kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran teknikal ataupun saintifik seperti menyusun fail, mengemaskan office, membuang sampah dan sebagainya. Ini secara tidak langsung memberikan "positive value" dimata supervisor atau majikan tempat anda lakukan LI.

3) Jangan Malas Bertanya
Malas bertanya sesat jalan. Salah satu tujuan untuk anda berpraktikal ianya untuk berlajar selok belok di industri makanan. Jika anda malas bertanya, bagaimana anda ingin mendapatkan sebanyak mungkin ilmu? Jika melihat supervisor anda melakukan sesuatu yang anda tidak tahu, terus bertanya apa yang dia buat, kenapa perlu buat dan sebagainya. Ianya penting untuk memastikan anda mendapat info yang tepat berbanding membuat telaah sendiri.

4) Jangan Sibuk Berfacebook / Instagram
Jangan..jangan..jangan sibuk dengan facebook atau akaun media massa anda sewaktu waktu kerja atau praktikal. Ini akan menunjukkan anda seorang yang tidak bertanggunjawab dan tidak amanah. Hanya update facebook, instagram, twitter dll sewaktu anda rehat atau selepas balik kerja / LI.

5) Jangan Salah Guna Internet Syarikat Untuk Perniagaan Anda
Jangan salah guna internet syarikat atau wifi yang disediakan untuk aktiviti selain kerja seperti cari kerja, isi maklumat SPA, ataupun update produk yang anda jual jika anda suka berbisnes. Amanah itu penting.

6) Jangan Buat Kerja Sambil Lewa.
Jangan sesekali buat tugasan yang dilakukan sambil lewa. Buat sebaik mungkin seperti anda menyediakan maklumat penting untuk bos anda. Ingat, supervisor anda akan tahu anda jenis bagaimana daripada tugasan yang anda buat. Sentiasa berikan yang terbaik dan melebihi apa yang dijangkakan.

Sebelum hantar sesuatu maklumat atau tugasan, pastikan anda menyemak sebarang kesalahan bahasa yang mungkin anda terlebih dahulu dan juga sumber-sumber yang anda gunakan adalah sumber yang dipercayai.

7) Jangan Suka Bergosip
Jangan suka bergosip sana sini. Orang suka bergosip menunjukkan level intelektual mereka. Adakah gosip itu akan menyelesaikan masalah? adakah ianya mampu memberikan anda kerja? Jika tidak, anda hanya membuang masa dan akhirnya anda tidak dapat banyak belajar berbanding orang lain.

Latihan industri merupakan langkah awal untuk anda mempersiapkan mental dan fizikal sebelum memasuki alam kerjaya. Pastikan anda manfaat masa yang ada sebaiknya. Belajar sebanyak mungkin dan cuba sumbangkan apa yang terbaik.

Selamat berpraktikal !!







Tuesday 20 September 2016

Selangor International Halal Conference 2016

Peluang meningkatkan ilmu Halal dari kacamata akademik.

Masuk adalah percuma!! Daftar segera sebelum terlambat.

Untuk pendaftaran klik SINI


Monday 12 September 2016

Semak Label Produk Anda Jika Ada Penyataan Tentang Pewarna Semulajadi.

Tahukah anda BKKM KKM telah mengeluarkan satu panduan melabelkan produk yang menggunakan pewarna semulajadi (natural colour).

Penyataan dibawah ini tidak dibenarkan kerana ianya boleh mengelirukan walaupun ianya salah satu strategi pemasaran produk anda.

“does not contain artificial colour” or “free from artificial colour” PROHIBITTED.

Penyataan Natural Colouring Substance hanya dibenarkan jika bahan pewarna yang anda gunakan boleh didapati secara semula jadi tanpa apa-apa proses purification, melalui proses tradisional, proses fizikal dan juga proses kimia.

Traditional Process:
Traditional process includes but is not limited to grinding, cutting, maceration, solvent extraction, microbiological fermentation processes, heating, cooling and freezing, drying, filtration, distillation, rectification and others

Pyhsical Process:
Physical process includes but is not limited to absorption, adsorption, chromatography, ion-exchange, electrophoresis, ultrasonic treatment, centrifugation, reverse osmosis, crystallisation, precipitation, lyophilisation, enzymatic processes and others

Chemical Process:
Chemical process is intentionally triggered simple chemical reactions to render a colouring principle such as basidification, hydrolysis, salt formation, ester cleavage, chelate formation, cis/trans and other isomerisations.

Jika penyataan yang disebutkan diatas terdapat pada label anda, sila pastikan anda membuat tindakkan pembetulan sewajarnya.

Info lanjut klik SINI


Food Safety Certification Programme 27-28 September 2016

Pihak Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) akan mengadakan Food Safety Programme pada 27-28 September 2016.

Bagi syarikat yang berminat, sila daftar selewatnya pada 15 September 2016.

Yuran untuk program selama 2 hari ini ialah RM580 sahaja.

Info lanjut klik SINI



Saturday 10 September 2016

PENGGUNAAN PALLET KAYU DAN PLASTIK DI KILANG MAKANAN

Banyak kilang makanan masih menggunakan pallet kayu di kilang masing-masing. Penggunaan ini masih popular disebabkan beberapa faktor utama seperti berikut:-



1) Kekurangan bajet untuk membeli plastic pallet.
2) Pallet yang diterima adalah daripada pembekal yang membekal bahan mentah yang berat dalam kuantiti yang banyak seperti gula dan tepung.
3) Pengusaha telah menggunakan dari awal operasi syarikat dan merasakan ianya tidak perlu ditukar. 4) Kurangnya pengetahuan dalam soal kebersihan, keutamaan mencegah pencemaran berpunca daripada serpihan kayu, tidak mampu melihat ianya sebagai salah satu punca boleh terjadinya ketidakpatuhan.

Penggunaan plastic pallet pula bukan perkara baru. Ianya adalah alternatif kepada wood pallet yang telah digunakan sejak zaman berzaman. Berikut adalah kelebihan dan kekurang tentang jenis-jenis pallet yang ada.

Kelebihan Plastik Pallet 
1) Tahan lama (jimat kos)
2) Tidak mudah reput (lebih bersih)
 3) Kalis air dan bahan kimia
4) Lebih ringan tetapi mampu menampung beban yang berat
5) Boleh dikitar semula untuk hasilkan bahan lain atau plastic pallet baru

Kekurangan Plastik Pallet 
1) Jika rosak sedikit sukar untuk diperbaiki
2) Kos yang tinggi untuk permulaan membuatkan banyak syarikat menangguh penggunaannya.
3) Sesetengah plastic pallet mempunyai permukaan yang rata dan licin mendatangkan bahaya kepada produk mungkin tergelongsor atau terjatuh ketika pemindahan.

 Kelebihan Wood Pallet 
1) Kos yang murah dan mudah didapati.
2) Mudah dibaiki jika rosak (ambil daripada bahagian pallet lain yang dah rosak).
3) Permukaan yang kasar memberikan cekaman lebih baik kepada produk atau bahan mentah yang disimpan.

Kekurangan Wood Pallet 
1) Cepat rosak apabila terdedah kepada suhu yang extreme.
2) Susah untuk memastikan ianya sentiasa bersih. Ini menjadikan ianya tempat mudah membiaknya kulat dan bakteria jika tidak dibersihkan dengan selalu.
3) Memerlukan pemerhatian berkala dari segi keadaan dan kawalan kebersihan.
4) Tidak tahan lama berbanding plastic pallet.
5) Mudah menyerap air, bau yang kuat termasuk bahan kimia.

Adakah wajib menggunakan plastic pallet di kilang makanan? 
Jawapannya bergantung kepada lokasi, polisi syarikat dan juga standard yang diamalkan di kilang tersebut.

Sebagai contoh ;-

Lokasi: Umumnya penggunaan plastic pallet hamper menjadi kewajipan untuk menyimpan produk siap berbanding bahan mentah. Ini untuk mengelakkan produk berpotensi tercemar di peringkat penyimpanan.

Polisi syarikat: Terdapat syarikat mengamalkan polisi zero wooden items yang menyaratkan semua peralatan, bekas, pallet yang digunakan hendaklah diperbuat oleh bahan selain kayu seperti plastic, aluminium, stainless steel dan bahan lain yang tidak mendatangkan masalah.

Standard: Terdapat sesetengah standard mensyaratkan penggunaan pallet kayu dibenarkan tetapi terhad untuk keadaan tertentu dan produk tertentu tetapi ianya perlu DIKAWAL.

Sekiranya penggunaan pallet kayu tidak dapat dielakkan disebabkan pihak pengurusan tidak bercadang untuk menukarkannya, terdapat beberapa cara anda boleh mengawalnya seperti dibawah.

1) Pastikan pallet kayu ini sentiasa diselenggara dengan baik.
2) Pastikan pallet kayu ini sentiasa dalam keadaan bersih. Wujudkan jadual pembersihan seperti aktiviti pembersihan dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.
3) Hanya menggunakan pallet kayu yang elok dan pallet kayu yang telah rosak perlu diasingkan dan tidak digunakan.
4) Sekiranya pallet kayu diterima daripada pembekal dalam keadaan yang tidak baik, anda boleh boleh keluarkan satu surat makluman keperluan syarikat anda kepada mereka ataupun terus keluarkan NCR.

Ini bagus untuk memberikan peringatan kepada mereka dan pada masa yang sama menunjukkan anda cuba kawal di peringkat pembekal.


Wednesday 7 September 2016

SEMINAR TRANSFORMASI & PENGUATKUASAAN HALAL NEGERI SEMBILAN 2016

Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (IHRAM) dengan kerjasama Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) akan melaksanakan SEMINAR TRANSFORMASI & PENGUATKUASAAN HALAL NEGERI SEMBILAN 2016 seperti butiran berikut:

Tarikh: 21 September 2016 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Dewan Kuliah Utama (DKU), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM
Yuran: Percuma

Sasaran peserta: Usahawan, pengusaha makanan, pembekal industri dan jururunding berkaitan bidang halal, agensi kerajaan, ahli akademik dan pelajar

Pendaftaran kini dibuka sehingga 14 September 2016 di pautanhttp://goo.gl/tigSBg

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Puan Norhasimah di talian 06 798 7010.