Pages

Thursday 28 September 2023

MAKANAN YANG WAJIB ADA TARIKH AKHIR


Tahukah anda bukan semua produk makanan ataupun minuman wajib nyatakan tarikh akhir.


Hanya produk-produk berikut wajib mempamerkan tarikh akhir pada label pembungkusan.

  1. Biskut, roti
  2. Makanan berkaling untuk bayi dan kanak-kanak
  3. Makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak
  4. Coklat, coklat putih dan coklat susu
  5. Krim kelapa, santan kelapa, pes kelapa, serbuk krim kelapa dan kelapa parut
  6. Lemak makan dan minyak makan selain daripada marjerin dalam bekas kedap udara
  7. Bebola ikan atau kek ikan
  8. Aditif makanan yang mempunyai tempoh penggunaan kurang daripada 18 bulan
  9. Rumusan bayi
  10. Telur cecair, kuning telur cecair, putih telur cecair, telur kering, kuning telur kering dan putih telur kering
  11. Makanan tenaga rendah bagi mana-mana makanan yang memerlukan penandaan tarikh
  12. Hasil daging dalam bekas tak kedap udara
  13. Susu dan hasil susu kecuali ais krim yang kurang daripada 200 ml isipadu dan keju keras
  14. Minuman ringan pasteur tak berkarbonat dan minuman ringan U.H.T. tak berkarbonat
  15. Nutrien yang ditambah atau sediaan nutrien yang ditambah yang dijual sebagai makanan
  16. Jus buah pasteur
  17. Jus sayur pasteur
  18. Mentega kacang
  19. Sos
  20. Makanan bertujuan khas
  21. Seri kaya

Thursday 18 June 2020

PERKHIDMATAN JOBSTREET TERBARU INI DAPAT MEMBANTU ANDA DAPAT KERJA LEBIH CEPAT


Nak beritahu majikan di luar sana yang anda sebenarnya bersedia untuk mula kerja bila-bila masa jika berpeluang? Kenapa tidak menggunakan #WorkNow?

Apa itu #WorkNow?

#WorkNow adalah perkhidmatan terbaru yang ditawarkan oleh Jobstreet dalam membantu resume anda lebih menonjol apabila dicari oleh majikan yang mempunyai keperluan pengambilan pekerja dengan segera.

Ianya khusus untuk mereka yang boleh bekerja bila-bila masa dengan syarat anda ikuti beberapa langkah dibawah. 

Ianya cukup mudah.




Dah bersedia untuk update Jobstreet anda? Klik SINI

Semoga bermanfaat.

Tuesday 28 January 2020

PELUANG MENJADI TENAGA PENGAJAR LATIHAN PENGENDALI MAKANAN TAHUN 2020

Adakah anda berminat untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar Program Latihan Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia? 

Cepat!! Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar untuk tahun ini.
Lihat jadual berikut agar anda tidak terlepas tarikh penting.



Yuran tetap adalah RM1240 untuk kursus wajib selama 4 hari.

Cara untuk daftar ialah melalui sistem
FoHTIS (Food Handler Training Information System (FoHTIS) di

website 
http://fosimdomestic.moh.gov.my/

*pautan untuk pendaftaran sebagai tenaga pengajar akan dibuka mengikut tarikh permohohan sahaja.


Wednesday 27 June 2018

TRAINING BERKUALITI DARI STRAGENIUS


Stragenius Urus Resourses konsisten dengan misi untuk memandaikan pengamal industri makanan. Training terbaru adalah seperti dibawah bertujuan meningkatkan kemahiran dan kompetensi mereka yang terlibat dengan sistem berkaitan makanan seperti HACCP.

Jika anda rasa kurang ilmu dalam soal untuk membuat audit dalaman di syarikat sendiri, training ini antara platform terbaik yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan pengetahuan anda seterusnya dapat mengamalkan di tempat kerja.

Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di link berikut.

KLIK SINI



Wednesday 13 June 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018

SELAMAT HARI RAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA.

BERHATI-HATI MEMANDU.
JANGAN MEMANDU JIKA MENGANTUK.

SEMOGA ANDA SEMUA BERBAHAGIA DI HARI LEBARAN.

Tuesday 27 December 2016

7 Cabaran Untuk Mengamalkan Keselamatan Makanan Beserta Cara Untuk Mengatasinya.

Keselamatan makanan adalah amat penting dalam memastikan operasi perniagaan anda yang berterusan. 

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cabaran yang akan timbul semasa anda cuba mengamalkan keselamatan makanan. 

Dibawah adalah cabaran-cabaran yang dikenalpasti dan beberapa petua untuk mengatasinya.


Cabaran 1: Masa dan pelaburan kewangan

Masa dan kewangan yang terhad untuk melabur dalam latihan pekerja dan peralatan dapur yang sesuai (seperti peralatan masakan yang sesuai, dsb.).
Penyelesaian: Walaupun kos adalah tinggi pada permulaannya, seperti latihan dan peralatan tetapi ia mempunyai manfaat jangka panjang untuk perniagaan anda. Jangan abaikan pelaburan terpenting anda ini - perkara terakhir yang mahu ialah insiden keselamatan makanan yang berpunca daripada kebersihan para pekerja yang tidak memuaskan atau daripada kesilapan menggunakan peralatan. Ini akan menjejaskan reputasi syarikat anda, yang pasti akan merugikan kewangan anda.

Cabaran 2: Bahasa dan budaya

Pekerja berbilang bangsa dan kaum mungkin mempunyai piawai mengendalikan makanan yang berbeza.
Penyelesaian: Ini adalah tugas ketua chef untuk memformulasikan dan melaksanakan standard keselamatan makanan yang diterima umum dan ini termasuk resipi piawai untuk semua hidangan. Piawai-piawai ini hendaklah disampaikan dengan jelas kepada semua pekerja dapur melalui latihan program yang betul.

Cabaran 3: Pendidikan dan kefahaman

Pekerja dapur anda mungkin mempunyai taraf pendidikan yang berbeza dan mungkin tidak memahami sebab dan kesan daripada tindakan mereka.
Penyelesaian: Jalankan latihan atau tulis resipi semudah mungkin. Sertakan lebih banyak perwakilan visual dan lebih banyak contoh untuk menunjukkan amalan keselamatan makanan yang berbeza.
Halangan kepada mengamalkan keselamatan makanan dan cara untuk mengatasinya

Cabaran 4: Kesedaran para pekerja

Tidak peka dengan ancaman bahan yang boleh mencemarkan makanan dan cara untuk mengelaknya.
Penyelesaian: Ia adalah tanggungjawab anggota atasan pasukan dapur untuk memahami faktor yang mengakibatkan pertumbuhan mikroorganisma, dan kemudian berkongsi maklumat itu dengan pasukan di dapur anda. Maklumat ini boleh dikongsi menerusi bantuan visual (seperti FATTOM) berserta dengan langkah yang diperlukan untuk menghalang pertumbuhan mikroorganisma.
Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut bagi model FATTOM.

Cabaran 5: Pembekal

Ia amat mustahil untuk mengawasi piawai keselamatan makanan pembekal atau pengedar produk makanan yang mengikut piawai keselamatan yang betul.
Penyelesaian: Beli hanya daripada pembekal yang dipercayai dengan rekod yang baik. Bina perhubungan dengan pembekal berdasarkan kepercayaan dan kunjungi kilang mereka untuk memeriksa kemudahan serta peralatan, sambil menggunakan peluang ini untuk mengetahui perkembangan terkini bagi mengeratkan lagi muhibah. Cara lain untuk mengetahui ialah melalui berita dari mulut ke mulut atau dari keputusan audit mereka.
Halangan kepada mengamalkan keselamatan makanan dan cara untuk mengatasinya

Cabaran 6: Pelanggan berisiko tinggi dalam syarikat

Ada kemungkinan yang lebih besar jangkitan penyakit bawaan makanan dalam kalangan pengunjung yang mudah terdedah seperti kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua.
Penyelesaian: Layan semua pengunjung seperti pelanggan yang berisiko tinggi. Oleh itu, ia penting untuk mengikut piawai keselamatan makanan sepanjang masa. Pemeriksaan ketat dan kerap akan memaksa pekerja dapur untuk sentiasa bersedia dan berhati-hati.

Cabaran 7: Kadar pusing ganti pekerja yang tinggi

Kadar pusing ganti pekerja yang tinggi biasa terjadi dalam industri pemakanan. Ini akan mengakibatkan pencarian dan latihan untuk pekerja baharu bagi piawai keselamatan makanan.
Penyelesaian: Pertama sekali, cuba kekalkan pekerja melalui faktor asas motivasi seperti galakan berterusan serta pujian atau program ganjaran bagi pekerja yang rajin. Pastikan yang mereka sentiasa terlibat, belajar dan membangun setiap masa. Dan, anda boleh mereka cipta satu piawai dan kokurikulum yang efisien untuk pekerja baharu memahami budaya kerja dengan cepat, dan memberikan tanggungjawab ahli atasan kepada ahli pasukan untuk menjalankan latihan-latihan berasrama ini.
Jika anda mempunyai bajet yang kecil, pastikan ada sedikit peruntukan bagi keselamatan makanan. Ada pelbagai cara yang efisien dan berkesan kos untuk mengamalkan keselamatan makanan. Apa yang penting sekali ialah pemikiran dan semangat untuk melakukannya.

Sumber: http://www.unileverfoodsolutions.com.my