Pages

Tuesday 27 December 2016

7 Cabaran Untuk Mengamalkan Keselamatan Makanan Beserta Cara Untuk Mengatasinya.

Keselamatan makanan adalah amat penting dalam memastikan operasi perniagaan anda yang berterusan. 

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai cabaran yang akan timbul semasa anda cuba mengamalkan keselamatan makanan. 

Dibawah adalah cabaran-cabaran yang dikenalpasti dan beberapa petua untuk mengatasinya.


Cabaran 1: Masa dan pelaburan kewangan

Masa dan kewangan yang terhad untuk melabur dalam latihan pekerja dan peralatan dapur yang sesuai (seperti peralatan masakan yang sesuai, dsb.).
Penyelesaian: Walaupun kos adalah tinggi pada permulaannya, seperti latihan dan peralatan tetapi ia mempunyai manfaat jangka panjang untuk perniagaan anda. Jangan abaikan pelaburan terpenting anda ini - perkara terakhir yang mahu ialah insiden keselamatan makanan yang berpunca daripada kebersihan para pekerja yang tidak memuaskan atau daripada kesilapan menggunakan peralatan. Ini akan menjejaskan reputasi syarikat anda, yang pasti akan merugikan kewangan anda.

Cabaran 2: Bahasa dan budaya

Pekerja berbilang bangsa dan kaum mungkin mempunyai piawai mengendalikan makanan yang berbeza.
Penyelesaian: Ini adalah tugas ketua chef untuk memformulasikan dan melaksanakan standard keselamatan makanan yang diterima umum dan ini termasuk resipi piawai untuk semua hidangan. Piawai-piawai ini hendaklah disampaikan dengan jelas kepada semua pekerja dapur melalui latihan program yang betul.

Cabaran 3: Pendidikan dan kefahaman

Pekerja dapur anda mungkin mempunyai taraf pendidikan yang berbeza dan mungkin tidak memahami sebab dan kesan daripada tindakan mereka.
Penyelesaian: Jalankan latihan atau tulis resipi semudah mungkin. Sertakan lebih banyak perwakilan visual dan lebih banyak contoh untuk menunjukkan amalan keselamatan makanan yang berbeza.
Halangan kepada mengamalkan keselamatan makanan dan cara untuk mengatasinya

Cabaran 4: Kesedaran para pekerja

Tidak peka dengan ancaman bahan yang boleh mencemarkan makanan dan cara untuk mengelaknya.
Penyelesaian: Ia adalah tanggungjawab anggota atasan pasukan dapur untuk memahami faktor yang mengakibatkan pertumbuhan mikroorganisma, dan kemudian berkongsi maklumat itu dengan pasukan di dapur anda. Maklumat ini boleh dikongsi menerusi bantuan visual (seperti FATTOM) berserta dengan langkah yang diperlukan untuk menghalang pertumbuhan mikroorganisma.
Klik di sini untuk maklumat lebih lanjut bagi model FATTOM.

Cabaran 5: Pembekal

Ia amat mustahil untuk mengawasi piawai keselamatan makanan pembekal atau pengedar produk makanan yang mengikut piawai keselamatan yang betul.
Penyelesaian: Beli hanya daripada pembekal yang dipercayai dengan rekod yang baik. Bina perhubungan dengan pembekal berdasarkan kepercayaan dan kunjungi kilang mereka untuk memeriksa kemudahan serta peralatan, sambil menggunakan peluang ini untuk mengetahui perkembangan terkini bagi mengeratkan lagi muhibah. Cara lain untuk mengetahui ialah melalui berita dari mulut ke mulut atau dari keputusan audit mereka.
Halangan kepada mengamalkan keselamatan makanan dan cara untuk mengatasinya

Cabaran 6: Pelanggan berisiko tinggi dalam syarikat

Ada kemungkinan yang lebih besar jangkitan penyakit bawaan makanan dalam kalangan pengunjung yang mudah terdedah seperti kanak-kanak, wanita mengandung dan orang tua.
Penyelesaian: Layan semua pengunjung seperti pelanggan yang berisiko tinggi. Oleh itu, ia penting untuk mengikut piawai keselamatan makanan sepanjang masa. Pemeriksaan ketat dan kerap akan memaksa pekerja dapur untuk sentiasa bersedia dan berhati-hati.

Cabaran 7: Kadar pusing ganti pekerja yang tinggi

Kadar pusing ganti pekerja yang tinggi biasa terjadi dalam industri pemakanan. Ini akan mengakibatkan pencarian dan latihan untuk pekerja baharu bagi piawai keselamatan makanan.
Penyelesaian: Pertama sekali, cuba kekalkan pekerja melalui faktor asas motivasi seperti galakan berterusan serta pujian atau program ganjaran bagi pekerja yang rajin. Pastikan yang mereka sentiasa terlibat, belajar dan membangun setiap masa. Dan, anda boleh mereka cipta satu piawai dan kokurikulum yang efisien untuk pekerja baharu memahami budaya kerja dengan cepat, dan memberikan tanggungjawab ahli atasan kepada ahli pasukan untuk menjalankan latihan-latihan berasrama ini.
Jika anda mempunyai bajet yang kecil, pastikan ada sedikit peruntukan bagi keselamatan makanan. Ada pelbagai cara yang efisien dan berkesan kos untuk mengamalkan keselamatan makanan. Apa yang penting sekali ialah pemikiran dan semangat untuk melakukannya.

Sumber: http://www.unileverfoodsolutions.com.my