Pages

Monday 21 November 2016

PRODUK MAKANAN TIADA LABEL NUTRISI ADAKAH IANYA SALAH?

Perlabelan makanan penting namun tahukah anda bukan semua diwajibkan? Pihak BKKM telah menyenaraikan beberapa kategori produk yang diwajibkan sahaja seperti dibawah;

MAKANAN YANG DIWAJIBKAN PELABELAN MAKANAN

Makanan-makanan seperti berikut adalah wajib mempunyai pelabelan pemakanan:

1) Makanan seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 di bawah. Makanan ini telah dipilih kerana ia kerap diambil dan di dalam jumlah yang signifikan, dan adalah penting kepada komuniti.

2) Makanan yang telah diperkuat, diperkaya, ditambah vitamin, diperlengkap atau diperteguh dengan vitamin atau mineral tertentu (seperti yang dibenarkan di bawah Peraturan 26(7))

3) Makanan yang mempunyai akuan pemakanan

4) Makanan bertujuan khas: rumusan bayi, rumusan susulan, makanan berkaling untuk bayi dan kanak-kanak dan makanan berasaskan bijirin untuk bayi dan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan pelabelan khusus bagi makanan-makanan tersebut, ia perlulah mematuhi standard masing-masing.


Bagaimana dengan format maklumat pemakanan yang disarankan? Ramai orang terkeliru dari segi sususan kandungan nutrisi yang mana dahulu. 

Untuk elak kekeliruan anda boleh rujuk panduan yang disarankan oleh Bahagian Kualiti & Keselamatan Makanan Malaysia.

Terdapat sedikit perbezaan jika anda hasilkan produk dalam bentuk pepejal, cecair ataupun makanan yang hanya ada satu bahagian sahaja.

Sila rujuk jadual dibawah untuk lebih faham.




Ini adalah perkara asas yang perlu anda tahu tentang perlabelan makanan. 

Semoga bermanfaat.