Banyak kilang makanan masih menggunakan pallet kayu di kilang masing-masing. Penggunaan ini masih popular disebabkan beberapa faktor utama seperti berikut:-
1) Kekurangan bajet untuk membeli plastic pallet.
2) Pallet yang diterima adalah daripada pembekal yang membekal bahan mentah yang berat dalam kuantiti yang banyak seperti gula dan tepung.
3) Pengusaha telah menggunakan dari awal operasi syarikat dan merasakan ianya tidak perlu ditukar.
4) Kurangnya pengetahuan dalam soal kebersihan, keutamaan mencegah pencemaran berpunca daripada serpihan kayu, tidak mampu melihat ianya sebagai salah satu punca boleh terjadinya ketidakpatuhan.
Penggunaan plastic pallet pula bukan perkara baru. Ianya adalah alternatif kepada wood pallet yang telah digunakan sejak zaman berzaman. Berikut adalah kelebihan dan kekurang tentang jenis-jenis pallet yang ada.
Kelebihan Plastik Pallet
1) Tahan lama (jimat kos)
2) Tidak mudah reput (lebih bersih)
3) Kalis air dan bahan kimia
4) Lebih ringan tetapi mampu menampung beban yang berat
5) Boleh dikitar semula untuk hasilkan bahan lain atau plastic pallet baru
Kekurangan Plastik Pallet
1) Jika rosak sedikit sukar untuk diperbaiki
2) Kos yang tinggi untuk permulaan membuatkan banyak syarikat menangguh penggunaannya.
3) Sesetengah plastic pallet mempunyai permukaan yang rata dan licin mendatangkan bahaya kepada produk mungkin tergelongsor atau terjatuh ketika pemindahan.
Kelebihan Wood Pallet
1) Kos yang murah dan mudah didapati.
2) Mudah dibaiki jika rosak (ambil daripada bahagian pallet lain yang dah rosak).
3) Permukaan yang kasar memberikan cekaman lebih baik kepada produk atau bahan mentah yang disimpan.
Kekurangan Wood Pallet
1) Cepat rosak apabila terdedah kepada suhu yang extreme.
2) Susah untuk memastikan ianya sentiasa bersih. Ini menjadikan ianya tempat mudah membiaknya kulat dan bakteria jika tidak dibersihkan dengan selalu.
3) Memerlukan pemerhatian berkala dari segi keadaan dan kawalan kebersihan.
4) Tidak tahan lama berbanding plastic pallet.
5) Mudah menyerap air, bau yang kuat termasuk bahan kimia.
Adakah wajib menggunakan plastic pallet di kilang makanan?
Jawapannya bergantung kepada lokasi, polisi syarikat dan juga standard yang diamalkan di kilang tersebut.
Sebagai contoh ;-
Lokasi: Umumnya penggunaan plastic pallet hamper menjadi kewajipan untuk menyimpan produk siap berbanding bahan mentah. Ini untuk mengelakkan produk berpotensi tercemar di peringkat penyimpanan.
Polisi syarikat: Terdapat syarikat mengamalkan polisi zero wooden items yang menyaratkan semua peralatan, bekas, pallet yang digunakan hendaklah diperbuat oleh bahan selain kayu seperti plastic, aluminium, stainless steel dan bahan lain yang tidak mendatangkan masalah.
Standard: Terdapat sesetengah standard mensyaratkan penggunaan pallet kayu dibenarkan tetapi terhad untuk keadaan tertentu dan produk tertentu tetapi ianya perlu DIKAWAL.
Sekiranya penggunaan pallet kayu tidak dapat dielakkan disebabkan pihak pengurusan tidak bercadang untuk menukarkannya, terdapat beberapa cara anda boleh mengawalnya seperti dibawah.
1) Pastikan pallet kayu ini sentiasa diselenggara dengan baik.
2) Pastikan pallet kayu ini sentiasa dalam keadaan bersih. Wujudkan jadual pembersihan seperti aktiviti pembersihan dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.
3) Hanya menggunakan pallet kayu yang elok dan pallet kayu yang telah rosak perlu diasingkan dan tidak digunakan.
4) Sekiranya pallet kayu diterima daripada pembekal dalam keadaan yang tidak baik, anda boleh boleh keluarkan satu surat makluman keperluan syarikat anda kepada mereka ataupun terus keluarkan NCR.
Ini bagus untuk memberikan peringatan kepada mereka dan pada masa yang sama menunjukkan anda cuba kawal di peringkat pembekal.