Namun terdapat banyak kes mereka terbawa-bawa tabiat peribadi mereka semasa menjalankan latihan industri. Kesannya bukan sahaja tidak bagus kepada mereka tetapi juga merencatkan peluang untuk mereka diserap untuk bekerja sekiranya terdapat kekosongan.
8 perkara ini perlu dielakkan untuk memastikan latihan praktikal anda berjalan lancar dan anda mendapat manfaat semaksimum mungkin.
1) Jangan Datang Lambat
Jangan datang lambat bila anda sedang berpraktikal. Seeloknya datang awal daripada supervisor anda. Ini memberikan mesej baik bahawa anda seorang yang menepati masa. Jika anda terdapat urusan yang tidak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya maklumkan kepada supervisor anda agar mereka tahu kenapa anda lambat atau tidak datang.
2) Jangan Berat Tulang
Sentiasa ringankan tulang untuk membantu supervisor anda melakukan kerja-kerja yang tidak memerlukan kemahiran teknikal ataupun saintifik seperti menyusun fail, mengemaskan office, membuang sampah dan sebagainya. Ini secara tidak langsung memberikan "positive value" dimata supervisor atau majikan tempat anda lakukan LI.
3) Jangan Malas Bertanya
Malas bertanya sesat jalan. Salah satu tujuan untuk anda berpraktikal ianya untuk berlajar selok belok di industri makanan. Jika anda malas bertanya, bagaimana anda ingin mendapatkan sebanyak mungkin ilmu? Jika melihat supervisor anda melakukan sesuatu yang anda tidak tahu, terus bertanya apa yang dia buat, kenapa perlu buat dan sebagainya. Ianya penting untuk memastikan anda mendapat info yang tepat berbanding membuat telaah sendiri.
4) Jangan Sibuk Berfacebook / Instagram
Jangan..jangan..jangan sibuk dengan facebook atau akaun media massa anda sewaktu waktu kerja atau praktikal. Ini akan menunjukkan anda seorang yang tidak bertanggunjawab dan tidak amanah. Hanya update facebook, instagram, twitter dll sewaktu anda rehat atau selepas balik kerja / LI.
5) Jangan Salah Guna Internet Syarikat Untuk Perniagaan Anda
Jangan salah guna internet syarikat atau wifi yang disediakan untuk aktiviti selain kerja seperti cari kerja, isi maklumat SPA, ataupun update produk yang anda jual jika anda suka berbisnes. Amanah itu penting.
6) Jangan Buat Kerja Sambil Lewa.
Jangan sesekali buat tugasan yang dilakukan sambil lewa. Buat sebaik mungkin seperti anda menyediakan maklumat penting untuk bos anda. Ingat, supervisor anda akan tahu anda jenis bagaimana daripada tugasan yang anda buat. Sentiasa berikan yang terbaik dan melebihi apa yang dijangkakan.
Sebelum hantar sesuatu maklumat atau tugasan, pastikan anda menyemak sebarang kesalahan bahasa yang mungkin anda terlebih dahulu dan juga sumber-sumber yang anda gunakan adalah sumber yang dipercayai.
7) Jangan Suka Bergosip
Jangan suka bergosip sana sini. Orang suka bergosip menunjukkan level intelektual mereka. Adakah gosip itu akan menyelesaikan masalah? adakah ianya mampu memberikan anda kerja? Jika tidak, anda hanya membuang masa dan akhirnya anda tidak dapat banyak belajar berbanding orang lain.
Latihan industri merupakan langkah awal untuk anda mempersiapkan mental dan fizikal sebelum memasuki alam kerjaya. Pastikan anda manfaat masa yang ada sebaiknya. Belajar sebanyak mungkin dan cuba sumbangkan apa yang terbaik.
Selamat berpraktikal !!